Saturday 6 April 2013

BAB III

Bab III : Puteri Nila Pancadi ke Singapura.
Seri Teri Buana mempunyai 2 orang anak iaitu Raja Kecil Besar dan Raja Kecil Muda. STB telah menghantar menteri Aria Bupala ke benua keling meminang Puteri Nila Pancadi. Raja Jambuga Rama Mudaliar telah menerima pinangan itu, bahkan menghantar puterinya untuk dikahwini oleh Raja Kecil Besar ke Singapura. Raja Kecil Muda pula dikahwinkan dengan cucu saudara Demang Lebar Daun iaitu Raden Lasmi Puri.

Raja dan Bendahara adik beradik.
Selepas Seri Teri Buana mati ia ditanam di Bukit Singapura, Raja Kecil Besar dijadikan Raja bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Kecil Muda dijadikan Bendahara bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar. Cucu Demang Lebar Daun dijadikan perdana menteri bergelar Tun Perpatih Pemuka Jegalar. Penghulu Bendahari bergelar Tun Jana Buga Dendang. Hulubalang Besar pula ialah Tun Tempurung. RKB telah memperolehi seorang putera bergelar Raja Muda.

Peristiwa tatal dan menarah kepala budak.
Betara Majapahit telah menghantar bingkasan sekeping tatal tujuh depa panjangnya dan digulung seperti subang kepada PSPW. PSPW menyangka dirinya dianggap perempuan oleh Betara Majapahit. Sebagai balasannya diminta seorang tukang kayu bernama Cedun Pawang Antan disuruhnya menarah rambut budak dan beliung itu dihantarnya ke Majapahit. Betara Majapahit pula menyangka kepalanya mahu ditarah oleh PSPW. Betara Majapahit sangat marah dan menyerang Singapura. Orang Majapahit berjaya dikalahkan.
Bila PSPW meninggal dunia, anaknya Raja Muda diangkat menjadi raja bergelar Rakna Wikrama. Tun Perpatih Tulus pula menggantikan ayahandanya Tun Perpatih Permuka Berjajar sebagai bendahara.

Badang beroleh gagah.
Badang adalah seorang hamba kepada seorang perempuan yang tinggal di Sayung. Ikan yang terperangkap di lukah yang ditahannya telah dimakan oleh hantu. Hantu itu ditangkap dan mahu dibunuh. Untuk mengelakkan dirinya dibunuh dia berjanji akan menunaikan segala hajat Badang. Badang mohon kepada hantu supaya dia menjadi gagah. Untuk itu hantu meminta Badang memakan muntahnya. Selepas makan muntah hantu itu Badang telah menjadi sangat gagah. Pohon kayu sebesar dua tiga pemeluk dapat dicabutnya. Hutan yang luas dapat dibersihkan dengan sekejap sahaja. Dengan kekuatan Badang, tuannya menjadi kaya raya dan diberi gelar Orang Kaya Sayung. Badang telah dibebaskan. Dia dijadikan Sandim Sani oleh Seri Rakna Wikrama di Singapura. Kekuatan Badang dapat dilihat dari beberapa peristiwa. Kayu pengayuh perahunya adalah kayu kempas sebesar sepemeluk. Selepas tujuh kali berkayuh kayu itu patah. Semasa memanjat pohon kuras, dia terjatuh. Kepalanya terhempas ke batu dan menyebabkan batu menjadi pecah. Badang dapat menyorong pilang yang panjang lima belas dengan seorang diri. Sedangkan orang lain seramai empat lima ratus tidak mampu melakukannya.


Kegagahan Badang diuji.
Raja di Benua Keling telah menghantar pahlawan yang tergagah untuk menandingi kegagahan Badang. Pahlawan itu bernama Nadi Bija Biakra. Taruhannya ialah barangan tujuh kapal. Dalam pertandingan itu mereka disuruh bergusti. Badang berjaya menewaskan Nadi Bija Biakra itu. Mereka juga bertanding mengangkat batu. NBB hanya terdaya mengangkat separas lutut. Oleh Badang batu itu diangkat, dilambung-lambung dan dilontarkannya hingga ke kuala. Raja Perlak pula telah menghantar pahlawannya yang bernama Benderang untuk mengalahkan Badang. Sebelum pertandingan diadakan Badang terlebih dahulu meminta untuk menguji Benderang dalam majlis makan malam. Badang telah menindih peha Benderang dan Benderang tidak mampu mengangkatnya. Badang pula berjaya mengangkat pehanya bila disesak oleh Benderang.

Keesukan harinya Tun Perpatih Pandak selaku ketua rombongan Perlak telah meminta supaya pertandingan itu tidak diteruskan. Kerana bimbang ianya akan menyebabkan hubungan Singapura dan Perlak menjadi rosak. Sebenarnya dia takut Benderang dikalahkan. Bagaimanapun mereka telah disuruh merentangkan rantai yang sangat besar di belakang Siram supaya kapal tidak dapat lalu. Tidak lama kemudian Badang telah mati dan ditanamkan di Buru. Batu Nisannya dikirimkan oleh Raja Benua Keling. Bila Paduka Seri Wikrama meninggal dunia, dia digantikan oleh anaknya yang bernama Damia Raja dan bergelar Paduka Seri Maharaja. Dia berkahwin dengan Damia Puteri anak Tun Perpatih Permuka Berjajar. Dari perkahwinan itu lahirlah pula Raja Iskandar Syah.




Mula kedatangan Islam ke alam Melayu.
Merah Silu dan Merah Caga tinggal di Gunung Sengkuang. Merah Silu kerjanya menahan lukah tetapi asyik terkena cacing gelang sahaja. Kerana terlalu marah cacing itu direbus. Nasibnya baik, cacing gelang telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Bila Merah Caga mendengar adiknya dikatakan makan cacing gelang, dia mahu membunuh saudaranya itu. Merah Silu melarikan dirinya ke Rimba Jurun. Satu hari Merah Silu pergi berburu. Anjingnya Si Pasai telah menemui seekur semut besar. Semut besar itu telah ditangkap oleh Merah Silu dan dimakannya. Tempat itu dibersihkan dan dinamakan Semudra yang beerti semut besar. Negeri Semudra itu telah terkenal hingga ke Mekah. Syarif Mekah telah memerintahkan seorang nakhoda bernama Sheikh Ismail ke Semudra. Dia disuruh singgah di negeri Mu’tabari untuk mengambil seorang fakir. Sultan Muhamad iaitu Raja Mu’tabari telah turun dari takhta dan mengikut rombongan itu ke negeri Semudra. Sultan Muhammad adalah keturunan dari Abu Bakar al-Siddik r.a.


Sebelum sampai ke Semudra, kapal Sheikh Ismail telah singgah di Fansuri, Lamiri, Haru dan Perlak. Kesemua penduduk di situ telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada yang pandai membaca Qur’an. Merah Silu juga telah memeluk Islam di tangan fakir Sultan Muhammad itu. Malamnya Merah Silu telah bermimpi berjumpa Rasulullah. Rasulullah telah meludah ke dalam mulut Merah Silu. Badan Merah Silu menjadi harum dan dia dapat membaca al-Qur’an. Sheikh Ismail telah menabalkan Merah Silu dan namanya ditukar menjadi Sultan Malikul Salleh. Sultan Malikul Salleh telah berkahwin dengan Puteri Ganggang, anak raja Perlak. Dia mendapat dua orang anak yang diberi nama Sultan Malikul Tahir dan Sultan Malikul Mansur.

Sultan Malikul Salleh telah keluar untuk mencari tempat baru untuk dibuat kerajaan bagi anaknya. Anjing pemburuannya telah menyalak di satu tanah tinggi. Tempat itu dipandang cantik oleh Sultan Malikul Salleh. Ianya ditebas dan diberi nama Pasai sempena nama anjing pemburuan baginda. Sultan Malikul Tahir dirajakan di Pasai itu dengan menterinya bernama Sidi Ali Ghiathu’d Din sebagai mangkubumi. Sultan Malikul Mansur pula dirajakan di Samudra dengan menterinya Sidi Ali Yaumid’d Din. Sebelum meninggal dunia, Sultan Malikul Saleh sempat berwasiat kepada kedua anak dan menteri-menterinya supaya jangan tamak harta orang, jangan inginkan isteri hamba kamu dan hendaklah hidup bermuafakat.


Raja Pasai ditipu dan ditawan.
Raja Syahrun Nuwi dengkikan kebesaran kerajaan Pasai. Dia memerintahkan pahlawannya yang bernama Awi Dicu untuk pergi dan menangkap rajanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Dengan menggunakan tipu helah, Sultan Malikul Tahir telah berjaya ditangkap dan dibawa ke Siam. Dia dijadikan gembala ayam di istana. Sidi Ali Ghiathu’d Din telah menyamar menjadi saudagar Arab dan telah pergi ke negeri Syahrun Nuwi itu. Dia telah memberikan berbagai hadiah kepada raja Syahrun Nuwi. Antaranya ialah sepohon pohon kayu emas dan buahnya dari permata. Papan catur emas, buahnya permata merah dan hijau. Sepasang itik emas yang boleh berenangan di dalam air. Kerana termakan dengan rasuah berkenaan Sultan Malikul Tahirpun dibebaskan.

Peristiwa kerana seorang dayang.
Sultan Malikul Mansur ingin pergi melawat abangnya di Pasai. Keinginannya itu ditegah oleh menteri Sidi Asma’ Yaudi’d Din. Bagaimanapun baginda pergi juga. Semasa di Pasai dia telah membawa pulang seorang dayang Sultan Malikul Tahir. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Sultan Malikul Tahir. Sultan Malikul Tahir telah menjemput saudaranya itu untuk majlis berkhatan. Di sana menteri Sidi Asma’ Yaumiddin dibunuh dan di sula di Pasai. Kepalanya dibuang ke laut. Kepala menteri itu dijumpai oleh Sultan Malikul Mansur di laut Padang Maya semasa baginda hendak dibuang ke Manjung. SMM memohon badan menterinya dikembalikan dan mayatnya ditanam di Padang Maya. Selepas 3 tahun, SM Tahir telah menyesal di atas perbuatannya itu dan menjemput saudaranya SM Mansur kembali. Dalam perjalanan pulang, SM Mansur singgah di Padang Maya dan kemudiannya meninggal dunia di situ.

1 comment:

  1. Play the best free slots games on PC (with emulator)
    How 대전광역 출장샵 to 정읍 출장마사지 play 상주 출장샵 games online in demo mode? — A free download 평택 출장마사지 game, however, 광주 출장샵 requires a computer emulator and some other hardware and software

    ReplyDelete